KUALA LUMPUR: ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menyumbang ke arah pemulihan Myanmar agar kembali ke situasi normal, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya amat penting untuk ASEAN mengetuai perbincangan yang telus dan berunding secara konstruktif dengan Myanmar dan semua pihak berkepentingan bagi menunjukkan ASEAN berkesan sebagai kumpulan serantau yang kohesif dalam usaha memenuhi harapan rakan luarnya, dan mengelakkan tindak balas sepihak yang boleh memberi kesan buruk kepada rantau ini.
“Penglibatan dua hala amat penting dalam hal ini,” katanya dalam satu kenyataan susulan lawatan rasminya ke Brunei Darussalam.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, dan beberapa pertemuan dengan Menteri Luar II Datuk Seri Setia Awang Erywan Mohd Yusof di Bandar Seri Begawan, pada Isnin.
Malaysia katanya turut prihatin terhadap situasi rampasan kuasa tentera di Myanmar serta perkembangan terkini di negara berkenaan.
Hishammuddin berkata ia adalah tindakan yang boleh merencatkan segala usaha yang dilakukan dalam dekad terakhir ini demi perubahan demokrasi, perpaduan dan kemajuan ekonomi di negara berkenaan.
“Kami menyeru pihak berkuasa Myanmar untuk menegakkan dan menghormati institusi serta proses demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan dan hak asasi manusia, termasuk hak untuk berhimpun secara aman serta kebebasan bersuara.
“Semua pihak yang relevan perlu mengelak daripada menggunakan kekerasan yang boleh menjejaskan keselamatan masyarakat serta memburukkan lagi keadaan di negara berkenaan.”
Hishammuddin juga memberi jaminan sokongan Malaysia ke arah mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN tidak rasmi minggu ini bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.
Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada pagi 1 Februari, beberapa jam sebelum Parlimen bersidang, dan menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint, dan pemimpin kanan Liga Demokratik Kebangsaan (NLD).
Junta juga mengisytiharkan perintah darurat setahun dan berjanji untuk "mengambil tindakan" terhadap tuduhan penipuan undi semasa pilihan raya umum 8 November, yang dimenangi parti NLD.
Pada 5 Februari, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) secara bersama menyeru ASEAN untuk mengadakan pertemuan khas membincangkan situasi politik di Myanmar, setelah rampasan kuasa tentera.
Kedua-dua pemimpin itu membuat seruan itu setelah mengadakan pertemuan di Jakarta sempena lawatan rasmi Muhyiddin ke Indonesia.
Hishammuddin turut mengucapkan tahniah kepada Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN bagi 2021, serta kejayaan menganjurkan Pemukiman Menteri Luar Negeri ASEAN baru-baru ini.
Beliau berkata Malaysia komited untuk terus bekerjasama erat dengan Brunei dalam merealisasikan matlamat kepimpinannya, memperkasa Pembangunan Komuniti ASEAN dan berusaha untuk pulih bersama daripada COVID-19.
“Malaysia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Brunei, terutama dalam inisiatif yang berkaitan dengan multilateralisme, kesihatan mental dan pembangunan belia, serta keamanan dan keselamatan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Hishammuddin (kiri) yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Brunei membuat kunjungan hormat ke atas Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, 1 Mac, 2021. --fotoBERNAMA

Tiada niat jahat di sebalik pengisyiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.

Istilah 'abang': Hishammuddin perlu berhati-hati dan memilih ungkapan sesuai - Anifah Aman
Menurut Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan kesalahan diplomatik.

Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Muhyiddin dijangka menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-23 yang dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada Isnin.

Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Hishammuddin juga menegaskan bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dalam melaksanakan dasar luar negara.

Aneh bila PM pujuk menteri UMNO kekal dalam Kabinet - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim pelik melihat tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memujuk menteri daripada UMNO untuk tidak meletakkan jawatan menteri.

Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke China esok
Menteri Luar , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 1 hingga 2 April 2021.

PM pengerusi mesyuarat kabinet, menteri UMNO turut hadir
Begitupun, agenda mesyuarat masih belum dapat dipastikan memandangkan tiada kenyataan rasmi berkaitan mesyuarat setakat ini.

PAU2020 wadah kritikal kembalikan kestabilan dan kebangkitan parti - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, PAU 2020 adalah wadah untuk kukuhkan kesatuan, serta sama-sama menentukan hala tuju yang jelas demi masa depan UMNO

PM mahu pengiktirafan timbal balik sijil vaksin COVID-19 dengan Singapura diterus, dimuktamadkan
Mereka turut mengambil kesempatan membangkitkan mengenai keadaan semasa di Myanmar dan hala tuju ASEAN dalam menangani krisis ini.