Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Tentera Iran ‘sedia’ jika AS lancar serangan baharu

REFILE: Iran's IRGC says 14 bases hit, hundreds of U.S. troops killed -- REUTERS
Zolfaghari berkata pasukan Iran akan “bertindak balas serta-merta dan secara tegas dengan menyerang sasaran yang telah ditentukan”. - Foto fail/REUTERS

TEHRAN: Tentera Iran memberi amaran bahawa ia berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dan akan segera menyasarkan “sasaran yang telah ditetapkan” sekiranya Amerika Syarikat (AS) melancarkan sebarang serangan baharu terhadap negara itu.

Amaran tersebut disampaikan oleh jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran, Ebrahim Zolfaghari, yang berkata kenyataan itu dibuat susulan apa yang disifatkannya sebagai ancaman berulang Presiden AS, Donald Trump, serta komander tentera AS.

Advertisement

“Pasukan kami yang berkeupayaan dan berkuasa telah lama berada pada tahap kesiapsiagaan 100 peratus dan bersedia dengan jari di picu,” kata Zolfaghari.

Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku “pencerobohan atau sebarang tindakan terhadap Republik Islam Iran”, pasukan Iran akan “bertindak balas serta-merta dan secara tegas dengan menyerang sasaran yang telah ditentukan”.

Kenyataan keras itu dikeluarkan selepas Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran, susulan permintaan pegawai Pakistan, namun menegaskan bahawa sekatan laut AS ke atas pelabuhan Iran akan terus dikekalkan.

Walaupun gencatan senjata dilanjutkan, Tehran sebelum ini menyifatkan sekatan laut AS sebagai satu tindakan bermusuhan dan pelanggaran perjanjian gencatan, sekali gus terus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.

Pemerhati memberi amaran bahawa bahasa tegas dan ancaman terbuka daripada kedua-dua pihak mencerminkan keadaan rapuh yang masih berpotensi mencetuskan peningkatan ketenteraan, meskipun usaha diplomatik sedang diteruskan untuk mengelakkan konflik baharu tercetus.
 

Must Watch Video