awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Assad, tentera asing perlu berundur dari Syria - Menteri Luar Arab Saudi

Reuters
Reuters
31/10/2015
08:06 MYT
Assad, tentera asing perlu berundur dari Syria - Menteri Luar Arab Saudi
Jubeir berkata rundingan di Vienna mbakal menjadi saksi sama ada Assad, Rusia dan Iran serius untuk mencari penyelesaian krisis. - Foto Reuters
Rusia dan Iran perlu bersetuju tentang tarikh dan cara bagi Presiden Bashar al-Assad untuk berundur, selain menarik balik semua angkatan tentera asing dari Syria, kata Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir.
Beliau bekata demikian dalam sebuah wawancara dengan stesen penyiaran Sky News Arabia pada Sabtu, lapor Reuters.
Arab Saudi dan Iran selama ini bersaing kuasa apabila masing-masing memilih untuk memberi sokongan kepada pihak yang saling menentang di Syria.
Kedua-dua negara itu kini dalam rundingan di Vienna untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan di Syria yang dilanda perang saudara dan ancaman militan Negara Islam (IS).
Jubeir berkata, rundingan yang akan disambung semula selepas dua minggu itu bakal menyaksikan tahap kerjasama Assad dan penyokongnya iaitu Iran dan Rusia dalam mencari penyelesaian krisis.
“Dua perkara yang masih belum mencapai kata putus adalah tentang tarikh dan cara Assad boleh berundur, serta tarikh dan cara angkatan tentera asing perlu keluar dai Syria terutamanya tentera Iran,” ujar Jubeir.
Assad dan Iran mendakwa Arab Saudi dan sekutu Negara Teluk terlibat dalam keganasan di Syria melalui sokongan yang diberikan kepada kumpulan penentang. Negara-negara berkenaan memberitahu bahawa mereka hanya hanya memberi bantuan kewangan dan senjata kumpulan pejuang Islam sekular atau sederhana.
Arab Saudi menyifatkan tindakan Assad melaksanakan serangan udara dan darat di kota-kota Syria sebagai tindakan yang memusnahkan, selain menyamakan kehadiran angkatan bersenjata Iran dan IS sebagai sebuah penjajahan.
Topic Berkaitan
#Adel al-Jubeir
#Angkatan Tentera
#Arab Saudi
#Bashar al-Assad
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan