awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi pertuduhan rasuah

Bernama
Bernama
10/06/2021
12:49 MYT
Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi pertuduhan rasuah
Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi pertuduhan rasuah oleh tentera Myanmar. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi berdepan satu lagi pertuduhan rasuah oleh tentera Myanmar, lapor Agensi Berita Anadolu memetik akhbar Global New Light of Myanmar pada Khamis.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendakwa Suu Kyi secara tidak sah menerima US$600,000 dan emas daripada bekas ketua menteri Yangon.
Akhbar itu melaporkan Suu Kyi menggunakan pengaruhnya untuk menyewa tanah seluas 1.86 hektar dan bangunan di Bahan Township bagi membuka ibu pejabat Yayasan Daw Khin Kyi yang dipengerusikannya.
Suu Kyi dilaporkan didakwa di bawah Undang-Undang Anti-Rasuah seksyen 55, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun jika disabitkan bersalah dan perbicaraan seterusnya dijadual pada 14 Jun.
Suu Kyi dan beberapa pemimpin lain ditahan pada 1 Februari ketika tentera merampas kuasa.
Sebelum ini beliau berdepan beberapa pertuduhan lain antaranya memiliki walkie-talkie tanpa kebenaran, melanggar sekatan COVID-19 dan Akta Rahsia Rasmi.
Suu Kyi menafikan tuduhan itu dan menyifatkan ia bermotifkan politik.
Rampasan kuasa itu telah mencetuskan rusuhan selama berbulan-bulan dan bantahan awam, menyaksikan tentera menggunakan kekerasan sehingga meragut kira-kira 858 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Myanmar
#Rasuah
#Junta
#tentera
#Yangon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan