awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela

Bernama
Bernama
04/01/2026
11:35 MYT
Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela
ALBANESE: Kami menggesa semua pihak supaya menyokong dialog dan diplomasi bagi menjamin kestabilan serantau serta mengelakkan ketegangan daripada memuncak. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Australia pada Ahad menggesa "semua pihak yang berkaitan" supaya menyokong dialog dan diplomasi susulan operasi Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Australia menggesa sokong dialog dan diplomasi susulan operasi AS di Venezuela bagi menjamin kestabilan serantau.
  • Korea Selatan turut memantau rapat situasi di Venezuela serta menggesa pengurangan ketegangan dan pemulihan demokrasi.
  • Filipina menyeru pihak berkaitan untuk elakkan tindakan meningkatkan ketegangan di Venezuela dan menyelesaikan pertikaian secara aman.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata menerusi platform media sosial X bahawa kerajaan sedang "memantau perkembangan di Venezuela" susulan operasi oleh AS yang membawa kepada penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya.
"Kami menggesa semua pihak supaya menyokong dialog dan diplomasi bagi menjamin kestabilan serantau serta mengelakkan ketegangan daripada memuncak," kata Albanese.
"Kami terus menyokong undang-undang antarabangsa serta peralihan demokrasi yang aman di Venezuela yang mencerminkan kehendak rakyat Venezuela," tambahnya.
The Australian Government is monitoring developments in Venezuela. We urge all parties to support dialogue and diplomacy in order to secure regional stability and prevent escalation. Australia has long held concerns about the situation in Venezuela, including the need to
— Anthony Albanese (@AlboMP) January 3, 2026
Kementerian Luar Korea Selatan turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapat situasi di negara Amerika Selatan itu.
"Kerajaan kami menggesa semua pihak berkaitan supaya berusaha mengurangkan ketegangan di rantau berkenaan," menurut kementerian itu, seperti dilaporkan Agensi Berita Yonhap.
"Kami berharap situasi di Venezuela akan stabil melalui dialog secepat mungkin, dengan pandangan rakyat Venezuela dihormati dan demokrasi dipulihkan."
Kementerian itu menambah bahawa kerajaan sedang melaksanakan semua langkah perlu bagi melindungi keselamatan rakyat Korea Selatan di Venezuela.
Secara berasingan, Filipina turut menggesa "pihak-pihak berkaitan" supaya mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan.
"Filipina sedang memantau rapi situasi yang terus berkembang di Venezuela," kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Angelica Escalona.
"Filipina menggesa pihak yang berkaitan supaya menyelesaikan pertikaian melalui cara yang aman serta menahan diri bagi mengelakkan peningkatan konflik," katanya, menurut Agensi Berita Filipina.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang digalakkan oleh Australia berhubung dengan situasi di Venezuela? A: Australia menggesa semua pihak untuk menyokong dialog dan diplomasi bagi menjamin kestabilan serantau di Venezuela.
  • Q: Apakah keutamaan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkaitan dengan Venezuela? A: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menekankan sokongan kepada undang-undang antarabangsa dan peralihan demokrasi yang aman di Venezuela.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Luar Korea Selatan berhubung dengan Venezuela? A: Kementerian Luar Korea Selatan sedang memantau rapat situasi di Venezuela dan menggesa pihak berkaitan untuk mengurangkan ketegangan serta mengembalikan demokrasi melalui dialog.
  • Q: Apakah tindakan yang disokong oleh Filipina dalam menangani situasi di Venezuela? A: Filipina menggesa pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan pertikaian dengan cara aman serta menahan diri bagi mengelakkan peningkatan konflik di Venezuela.
  • Q: Apakah peranan yang dinyatakan oleh Filipina dalam usaha menyelesaikan ketegangan di Venezuela? A: Filipina memantau situasi di Venezuela dengan teliti dan menggesa pihak berkaitan untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman untuk mengelakkan peningkatan konflik.

Topic Berkaitan
#dialog dan diplomasi
#Nicolas Maduro
#Venezuela
#Anthony Albanese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan