awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian

Bernama
Bernama
06/09/2024
06:45 MYT
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Polis Australia memberi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai trend yang semakin meningkat di Australia, melibatkan golongan muda dipaksa untuk menghasilkan kandungan melampau. - Gambar hiasan
CANBERRA: Pihak berkuasa Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus dalam menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Polis Persekutuan Australia pada Jumaat memberi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai trend yang semakin meningkat di Australia, melibatkan golongan muda dipaksa untuk menghasilkan kandungan melampau, lapor Xinhua.
Menurut Polis Persekutuan, jenis jenayah siber yang dikenali sebagai "sadistic sextortion" kini semakin berkembang dan komuniti dalam talian menyasarkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan memaksa mereka untuk menghasilkan imej atau video yang tidak sesuai sebagai syarat untuk diterima dalam komuniti itu.
Setelah imej atau video itu dihasilkan dan dihantar kepada pelaku, ia kemudiannya dikongsi dengan ahli komuniti lain yang seterusnya memeras ugut mangsa dengan mengancam untuk menyebarkan bahan terbabit kepada rakan atau keluarga mangsa jika mereka enggan menghasilkan lebih banyak kandungan.
Polis turut memaklumkan bahawa dalam beberapa kes, pelaku adalah sebaya dengan mangsa.
Komander Eksploitasi Manusia Polis Persekutuan Australia, Helen Schneider berkata bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Australian Centre to Counter Child Exploitation (ACCCE), kebanyakan pelaku dalam kumpulan ekstrem ini bermotivasi untuk mendapatkan status atau pengaruh dalam kumpulan berkenaan, bukan bertujuan mengaut keuntungan.
"Pelaku ini tidak didorong oleh keuntungan. Mereka mengeksploitasi mangsa untuk menghasilkan kandungan yang menjijikkan demi kepuasan peribadi.
"Malangnya, sesetengah mangsa dalam kumpulan ini tidak menganggap diri mereka sebagai mangsa. Mereka tidak menyedari bahawa mereka dipaksa melakukan tindakan yang tidak sesuai, dan tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.
Polis mengeluarkan amaran ini bersempena Minggu Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCPW), yang bertujuan untuk mendidik rakyat Australia mengenai isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#kes kanak-kanak
#kandungan seksual
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan