Australia melaporkan 37 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, termasuk 30 kes di wilayah Victoria.

Ini selepas pihak berkuasa melakukan ujian saringan terhadap 20,000 orang dari rumah ke rumah di pinggir bandar Melbourne dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak tersebut.

Di Sydney, sebuah sekolah terpaksa ditutup untuk proses nyahkuman dan kerja pembersihan selepas seorang murid 12 tahun disahkan positif.

Setakat ini, Australia mengesahkan lebih 7,500 jangkitan COVID-19 dengan 104 kematian.

Terdahulu, pegawai tentera sudah mula mengawasi sempadan negeri yang ditutup kepada pelancong luar, selain membekalkan sokongan kepada perkhidmatan kecemasan dan kesihatan, termasuk di Victoria.

BACA: COVID-19 di Australia: Negeri Victoria kuat kuasa peraturan lima tetamu sahaja di dalam rumah