ANKARA: Australia pada Selasa menarik balik keputusan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel, lapor Agensi Anadolu.
"Australia komited terhadap penyelesaian dua negara iaitu masa depan Israel dan Palestin secara bersama dalam keadaan aman dan damai berlandaskan persempadanan yang diiktiraf antarabangsa.
"Hari ini kerajaan mengesahkan pendirian Australia bahawa isu Baitulmaqdis harus diselesaikan menerusi rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin," kata Menteri Luar Penny Wong dalam satu kenyataan.
Pada 2018, Perdana Menteri Scott Morrison ketika itu berkata kerajaannya akan mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel tetapi tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv sehingga penyelesaian damai dicapai.
Morrison turut menyenaraikan perkara berkenaan dalam dasar Australia tetapi kerajaan Perdana Menteri Anthony Albanese telah meminda pengiktirafan itu berkuasa Mei.
Pada 2018, Wong yang menolak keputusan Morrison itu berkata: "Parti Buruh tidak menyokong pengiktirafan unilateral Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan meminda keputusan ini", lapor akhbar The Guardian.
Pada 2017, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika itu secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, mengubah dasar AS untuk kekal berkecuali.
Tindakan AS itu mencetuskan kecaman dan bantahan meluas di wilayah Palestin dan beberapa negara Arab dan Islam.
Eropah turut mengkritik langkah itu sambil memberi amaran bahawa keputusan AS akan mengeruhkan lagi hubungan antara Palestin dan Israel serta mencetuskan krisis di rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Australia berpendirian bahawa isu Baitulmaqdis harus diselesaikan menerusi rundingan damai antara Israel dan rakyat Palestin. - Gambar fail/Reuters
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.
Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.
Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian