awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia umum bantuan tambahan AS$25 juta kepada Sri Lanka

Bernama
Bernama
19/08/2022
10:19 MYT
Australia umum bantuan tambahan AS$25 juta kepada Sri Lanka
Bantuan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan makanan dan tujuan penjagaan kesihatan yang mendesak di negara Asia Selatan itu. - AP
ANKARA: Australia mengumumkan bantuan tambahan bernilai AS$25 juta kepada Sri Lanka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Luar Penny Wong dalam satu kenyataan berkata bantuan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan makanan dan tujuan penjagaan kesihatan yang mendesak di negara Asia Selatan itu.
Sri Lanka kini berdepan krisis ekonomi terburuk dalam tempoh 70 tahun.
"Dalam tempoh yang mencabar ini, Australia akan bersama-sama rakyat Sri Lanka, terutamanya mereka yang mengalami kesukaran yang teruk," kata Wong.
Australia setakat ini telah menyalurkan bantuan US$75 juta melalui agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu negara itu menyediakan perkhidmatan makanan, kesihatan, akses kepada bekalan air bersih, dan sokongan penting bagi mereka yang berisiko, termasuk wanita dan kanak-kanak, menurut kenyataan itu.
Sri Lanka lumpuh akibat kekurangan rizab pertukaran asing selepas ekonominya yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan terjejas teruk, negara dengan 22 juta penduduk itu telah gagal membayar semua hutang asingnya.
Ia tidak mampu membayar harga makanan, bahan api dan keperluan lain, dan kekurangan bahan api menyebabkan bekalan elektrik terputus setiap hari.
Sekolah telah ditutup, dan kakitangan kerajaan telah diminta bekerja dari rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#bantuan makanan
#Australia
#penjagaan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan