awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Austria perketat kawalan pergerakan susulan lonjakan kes COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
23:57 MYT
Austria perketat kawalan pergerakan susulan lonjakan kes COVID-19
Austria menyaksikan sebanyak 550 kes baharu pada setiap 100,000 penduduk. - Reuters
AUSTRIA mengumumkan akan memperketatkan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara susulan lonjakan kes baharu COVID-19.
Ini termasuk penutupan perniagaan tidak penting dan penutupan sekolah sekali gus beralih kepada pembelajaran dalam talian.
Canselor Sebastian Kurz berkata langkah itu perlu selepas Austria menyaksikan sebanyak 550 kes baharu pada setiap 100,000 penduduk.
“Sekiranya kita tidak bertindak, ia akan mempunyai risiko besar yang angka akan terus meningkat atau kekal pada tahap tinggi.
"Ini akan membawa kepada tekanan kepada pusat penjagaan kesihatan.
“Saranan saya pada empat minggu seterusnya ialah jangan berjumpa sesiapa. Setiap hubungan sosial adalah melampau.
“Hanya selepas itu kita dapat membuka semula negara sedikit demi sedikit pada Disember.
"Paling utama ketika itu kita dapat menyelamatkan Krismas dan musim pra-Krismas dan meluangkan masa bersama-sama... berhati-hati tetapi dengan bermaruah,” katanya.
Tambah Kurz, pegawai kesihatan Austria tidak dapat mengesan 77 peratus kes baharu.
Bermula Selasa, negara dengan populasi sembilan juta itu akan melaksanakan sekatan keluar rumah kecuali mereka yang terpaksa bekerja, membeli barangan keperluan, bersenam dan yang memerlukan bantuan.
Sekatan itu akan berkuat kuasa hingga 6 Disember.
Selain restoran dan kemudahan rekreasi yang telah ditutup selama hampir dua minggu, pihak berkuasa di Austria memerintahkan penutupan salun, kemudahan sukan dan perpustakaan.
Topic Berkaitan
#austria
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#Sebastian Kurz
#lonjakan kes baharu
#pembelajaran dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan