awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Pope Francis

Bernama
Bernama
27/04/2025
08:53 MYT
Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Pope Francis
Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang daripada pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam bahasa Itali dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia. - X: @ZelenskyyUa
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, bersama para pemimpin dunia menghadiri upacara misa dan pengebumian Pope Francis di St.Peter Square, Vatican City semalam.
Antara pemimpin dunia yang hadir Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky serta bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan bekas Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang daripada pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam bahasa Itali dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia.
"Pada Jumaat, saya bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See Hendy Anak Assan memberikan penghormatan terakhir kepada Pope Francis di St. Peter Basilica. Ini satu pengalaman yang amat menakjubkan bila berada di tempat ini, apatah lagi memberikan pengormatan terakhir kepada Pope Francis.
"Kelmarin (Sabtu) saya bersama-sama dengan Azalina dan semua pemimpin negara kuasa besar dunia telah mengikuti upacara misa dan pengebumian Pope Francis di Dataran St. Peter," kata Ewon dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ewon berkata mendiang Pope Francis telah meninggalkan banyak legasi khususnya wacana, pandangan dan pesanan beliau, terutama kepada penganut Katolik di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#upacara pengebumian
#Pope Francis
#penghormatan terakhir
#Ewon Benedick
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan