Skip to main content

Politik

Urusan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - SUK

Semua urusan pentadbiran negeri ketika ini diteruskan mengikut perancangan sedia ada, bagaimanapun tiada dasar atau polisi baharu dapat diputuskan buat masa ini. - Gambar fail
Semua urusan pentadbiran negeri ketika ini diteruskan mengikut perancangan sedia ada, bagaimanapun tiada dasar atau polisi baharu dapat diputuskan buat masa ini. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Urusan pentadbiran perkhidmatan awam Negeri Sembilan berjalan seperti biasa selepas peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar.
  • Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan tiada dasar atau polisi baharu dapat diputuskan buat masa ini sementara pentadbiran diteruskan mengikut perancangan sedia ada.
  • Surat peletakan jawatan Ismail telah diterima oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, selepas beliau mengangkat sumpah pada 2 Ogos lalu.
Advertisement

SEREMBAN: Urusan pentadbiran perkhidmatan awam Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, susulan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata semua urusan pentadbiran negeri diteruskan mengikut perancangan sedia ada, bagaimanapun tiada dasar atau polisi baharu dapat diputuskan buat masa ini.

“Setakat ini pentadbiran perkhidmatan awam negeri berjalan seperti biasa, dari segi pentadbiran semuanya berjalan sebagaimana dirancang,” katanya kepada pemberita selepas program Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, di Klana Resort di sini.

Advertisement

Mengulas mengenai peletakan jawatan Menteri Besar beliau berkata hanya mengetahui perkembangan tersebut menerusi laporan media.

Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima satu salinan surat peletakan jawatan tersebut yang telah diutuskan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Advertisement

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement