Skip to main content

Malaysia

Pelajar terlibat hasilkan inovasi wajar diberi royalti - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid merasmikan Festival Idea Putrajaya 2026 iaitu program tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menghimpunkan idea, inovasi, teknologi, dan kreativiti untuk membentuk masa depan Malaysia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ahmad Zahid merasmikan Festival Idea Putrajaya 2026 iaitu program tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menghimpunkan idea, inovasi, teknologi, dan kreativiti untuk membentuk masa depan Malaysia. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pelajar yang membantu pensyarah dalam inovasi wajar menerima royalti sebagai pengiktirafan sumbangan mereka.
  • Beliau menegaskan universiti perlu menyediakan laluan jelas untuk idea berpotensi, termasuk pembangunan prototaip, paten dan pengkomersialan.
  • Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi disaran menyediakan jaringan, pembiayaan serta sokongan berterusan kepada penyelidik dan pensyarah selepas penemuan dihasilkan.
Advertisement

PUTRAJAYA: Pelajar yang membantu pensyarah dalam menghasilkan inovasi, termasuk pembangunan prototaip yang berpotensi dikomersialkan, wajar diberikan royalti sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan usaha mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, universiti juga perlu menyediakan laluan jelas bagi setiap idea berpotensi, bermula daripada penghasilan prototaip, mendapatkan paten sebelum dibawa ke peringkat industri atau dikomersialkan

“Jangan lupa yang membantu pensyarah ialah pelajar-pelajar, mahasiswa dan mahasiswi yang juga membantu.

Advertisement

“Pelajar-pelajar mesti diberikan royalti. Jangan pensyarah saja dapat, pelajar-pelajar wajib dapat, kerana mereka juga membantu berhempas pulas,” katanya semasa berucap merasmikan Festival Idea Putrajaya 2026, di sini, pada Selasa.

Tambah Ahmad Zahid, universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi perlu menyediakan jaringan, pembiayaan serta rakan pelaksana, bagi memastikan penyelidik tidak dibiarkan bergerak sendiri selepas menghasilkan sesuatu penemuan.

Advertisement

Selain itu, sokongan berterusan juga perlu diberikan kepada pensyarah dan penyelidik selepas sesuatu penemuan dihasilkan, termasuk membuka lebih banyak peluang pembangunan kerjaya dan kenaikan pangkat.

Tegas beliau, Malaysia perlu berani meletakkan cita-cita tinggi untuk melahirkan penemuan yang mampu mengubah dunia, selain memastikan hasil kemajuan teknologi dan inovasi dapat dinikmati rakyat.

Must Watch Video

Advertisement