awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azerbaijan tubuhkan pusat pemeriksaan sempadan di Lachin

Bernama
Bernama
24/04/2023
21:40 MYT
Azerbaijan tubuhkan pusat pemeriksaan sempadan di Lachin
Konflik selama berdekad-dekad antara Armenia dan Azerbaijan mengenai wilayah Nagorno-Karabakh kembali memuncak pada September 2020. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Perkhidmatan Sempadan Azerbaijan pada Ahad, menubuhkan pusat pemeriksaan sempadan di pintu masuk ke koridor Lachin, satu-satunya laluan darat yang menghubungkan Armenia dan wilayah Nagorno-Karabakh, lapor Sputnik.
Penubuhan pusat pemeriksaan itu bertujuan untuk menghalang tenaga kerja, peluru serta peralatan ketenteraan lain dari Armenia disalurkan kepada kumpulan bersenjata haram di wilayah Azerbaijan, menurut perkhidmatan sempadan itu.
Tindakan itu juga didakwa sebagai tindak balas kepada penubuhan unilateral pusat pemeriksaan Armenia di pintu masuk Lachin-Khankendi pada 22 April yang didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata tiga pihak November 2020 dengan Rusia.
Menurut Kementerian Luar Azerbaijan, penubuhan pusat pemeriksaan itu susulan tindakan Armenia menggunakan laluan berkenaan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang yang mengancam keselamatan.
"Disebabkan penyalahgunaan jalan Lachin-Khankandi oleh Armenia yang (boleh) mengakibatkan ancaman keselamatan, Azerbaijan telah menubuhkan pusat pemeriksaan sempadan di sempadan Azerbaijan-Armenia...," kata Jurucakap Kementerian Luar Azerbaijan Aykhan Hajizada di Twitter.
Armenia menyelar tindakan sepihak Azerbaijan itu dan menegaskan bahawa ia bertentangan dengan pengisytiharan trilateral 2020 dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 22 Februari lalu yang mewajibkan Baku memastikan pergerakan tanpa halangan melalui koridor Lachin.
"Kami menyeru Persekutuan Rusia untuk memenuhi kewajipan di bawah peruntukan 6 pernyataan Trilateral dengan menghapuskan sekatan haram koridor Lachin dan memastikan penarikan pasukan Azerbaijan dari seluruh zon keselamatan koridor.
"Kami juga menyeru anggota negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk merekodkan tindakan Azerbaijan yang jelas menjejaskan keselamatan serantau dan mengambil langkah berkesan ke arah pelaksanaan tanpa syarat keputusan ICJ," menurut Kementerian Luar Armenia.
Konflik selama berdekad-dekad antara Armenia dan Azerbaijan mengenai wilayah Nagorno-Karabakh kembali memuncak pada September 2020.
Permusuhan berakhir dengan pengisytiharan gencatan senjata yang diterajui Rusia, ditandatangani pada November 2020.
Kedua-dua negara bekas Soviet itu bersetuju dengan penempatan pasukan pengaman Rusia di rantau itu.
Sejak 12 Dis 2022 koridor Lachin telah disekat oleh sekumpulan warga Azerbaijan yang disifatkan oleh Baku sebagai aktivis alam sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan
#Pusat pemeriksaan sempadan
#Lachin
#Armenia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan