awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
Planet baharu saiz Bumi dikesan berhampiran zon boleh dihuni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan Bahasa Indonesia pergiat usaha hidupkan semula bahasa Melayu di Kepulauan Riau

Bernama
Bernama
29/01/2026
20:00 MYT
Badan Bahasa Indonesia pergiat usaha hidupkan semula bahasa Melayu di Kepulauan Riau
Usaha sedang dijalankan melalui Pejabat Bahasa Kepulauan Riau dengan kerjasama kerajaan tempatan untuk mempromosi penggunaan bahasa Melayu. - Gambar hiasan
JAKARTA: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia (Badan Bahasa) menekankan kepentingan menghidupkan semula bahasa daerah, terutamanya bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak di Wilayah Kepulauan Riau bagi mengelakkan bahasa tersebut daripada semakin kurang dituturkan secara beransur-ansur.
Ketua Sekretariatnya, Hafidz Muksin berkata, usaha sedang dijalankan melalui Pejabat Bahasa Kepulauan Riau dengan kerjasama kerajaan tempatan untuk mempromosikan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.
Usaha kami bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenali, membiasakan diri, dan menguasai bahasa daerah, contohnya melalui pertandingan nyanyian, syair, puisi, pantun, dan penulisan cerpen dalam bahasa Melayu, katanya seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita ANTARA pada Khamis.
Hafidz berkata, usaha sedemikian adalah penting memandangkan sifat masyarakat yang heterogen di provinsi itu, yang telah menjejaskan penggunaan bahasa Melayu yang mula dilupakan dalam perbualan harian.
Beliau turut menggalakkan keluarga dan ibu bapa untuk memupuk sikap positif terhadap penggunaan bahasa daerah, supaya budaya, adat resam, dan peribadi yang tercermin dalam bahasa tersebut dapat terus dipelihara.
Tambahan pula, di wilayah itu terdapat karya sastera seperti gurindam, syair, dan pantun, yang kaya dengan makna dan nilai nasihat serta jati diri masyarakat Melayu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badan bahasa
#Indonesia
#Bahasa Melayu
#kepulauan riau
#adat resam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan