awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan pentadbir ILO lulus resolusi baharu untuk perkukuh sokongan kepada tenaga kerja Palestin

Bernama
Bernama
22/11/2025
13:37 MYT
Badan pentadbir ILO lulus resolusi baharu untuk perkukuh sokongan kepada tenaga kerja Palestin
Resolusi baharu akan mempergiat usaha memenuhi keperluan mendesak pekerja dan majikan, selain memajukan program pemulihan dan pembinaan semula. - Reuters
RAMALLAH: Badan Pentadbir Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebulat suara meluluskan satu resolusi baharu pada Jumaat bagi memperkukuh sokongan pertubuhan itu kepada tiga rakan sosial di Palestin.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), resolusi baharu itu akan mempergiat usaha memenuhi keperluan mendesak pekerja dan majikan, selain memajukan program pemulihan dan pembinaan semula.
Resolusi itu turut mengambil maklum perkembangan dalam Pelan Tindak Balas Kecemasan dan Program Pemulihan, serta memuji usaha Pejabat ILO dalam menangani keperluan segera pekerja dan majikan Palestin.
Badan Pentadbir itu juga mengiktiraf sumbangan kewangan oleh beberapa negara anggota dan menggesa negara lain untuk memberikan sokongan bagi memastikan pelaksanaan penuh program ILO di Palestin, sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan pekerjaan wajar dan keadilan sosial.
Resolusi berkenaan menggalakkan rakan sosial, bersama ILO, memberi keutamaan kepada pembiayaan mampan bagi program pekerjaan Palestin, termasuk menyokong Tabung Pekerjaan Palestin sebagai rangka kerja nasional utama bagi pelaksanaan program pekerjaan wajar, selain menyokong inisiatif intensif buruh dan program keusahawanan.
Majlis itu turut mengalu-alukan rancangan untuk mengadakan mesyuarat mobilisasi sumber di luar sesi ke-356 Badan Pentadbir pada Mac 2026, dengan penyertaan rakan pembangunan, ahli Badan Pentadbir dan pihak berkaitan, bagi memperluas sokongan terhadap program kerja ILO di Palestin.
Ia meminta Ketua Pengarah untuk memasukkan hasil mesyuarat itu sebagai lampiran kepada laporan mengenai "Situasi Pekerja di Wilayah Arab yang Diduduki" yang akan dikemukakan pada sesi ke-114 Persidangan Buruh Antarabangsa.
Majlis itu juga meminta usaha diteruskan bagi menyokong hak pekerja dan majikan Palestin, memastikan akses mereka ke tempat kerja, dan menangani keutamaan jangka panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenaga kerja palestin
#ILO
#resolusi
#pembinaan semula
#Pekerja
#majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan