Bahang pilihan raya umum (PRU) Singapura bermula hari ini apabila proses penamaan calon diadakan.

Selepas proses penamaan, kempen akan berlangsung selama lapan hari sebelum tempoh bertenang selama 24 jam diikuti hari memilih pada 10 Julai nanti.

Terdapat 93 kerusi sedia untuk direbut wakil rakyat semasa hari pengundian.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Hsien Loong bertanding di semua kawasan dan sudah memenangi setiap pillihan raya sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.

Ia tidak pernah gagal memperoleh lebih 60 peratus undi.

Pada PRU lalu, saingan utama PAP, parti pekerja cuma menang enam daripada 89 kerusi Parlimen.

Selain PAP dan Parti Pekerja, turut bertanding dalam pilihan raya kali ini ialah Parti Kemajuan Singapura (PSP).

PRU ini disifatkan paling penting dan bersejarah dalam politik Singapura. Bukan sekadar ia diadakan sewaktu COVID-19 masih pandemik, tetapi juga kerana proses demokrasi ini diadakan ketika sokongan kepada kerajaan semakin menyusut.

Mandat kerajaan sekarang sepatutnya berakhir pada April 2021.