awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal PM Jepun Fumio Kishida dijangka umum Kabinet baharu pada Isnin

Bernama
Bernama
03/10/2021
08:33 MYT
Bakal PM Jepun Fumio Kishida dijangka umum Kabinet baharu pada Isnin
Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Fumio Kishida bakal mengambil alih jawatan perdana menteri pada Isnin dan dijangka mengumumkan barisan Kabinet baharunya. - Foto AP
TOKYO: Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Fumio Kishida bakal mengambil alih jawatan perdana menteri pada Isnin dan dijangka mengumumkan barisan Kabinet baharunya.
Kishida, 64, mempunyai peluang cerah dipilih menjadi perdana menteri di sidang luar biasa parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Xinhua pada Ahad.
Pemimpin baharu itu juga merancang membubarkan parlimen pada 14 Okt dan pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada 7 Nov, demikian menurut media tempatan.
Kishida berjanji untuk meningkatkan pendapatan kelas menengah dan mengurangkan perbezaan kekayaan selain cuba keluar daripada "dasar neoliberal" yang telah diamalkan kerajaan Jepun selama dua dekad.
Selain itu, katanya pakej ekonomi bernilai "puluhan trilion yen" akan disediakan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.
Sebelum ini, Yoshihide Suga yang mengambil alih jawatan perdana menteri tahun lalu mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan baharu bulan lalu, susulan rakyat tidak berpuas hati terhadap langkah dilaksanakannya untuk membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakal PM
#PM Jepun
#Fumio Kishida
#Perdana Menteri
#barisan kabinet
#Parti Demokratik Liberal
#LDP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan