Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Samalaju catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Bintulu di Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana, iaitu 94, diikuti Serian (90) dan Sibu (87) serta Batu Muda di Kuala Lumpur (84). - Gambar fail/BERNAMA
Bintulu di Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana, iaitu 94, diikuti Serian (90) dan Sibu (87) serta Batu Muda di Kuala Lumpur (84). - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Samalaju, Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu 152, manakala 44 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana setakat 9 pagi ini.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bintulu, Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana, iaitu 94, diikuti Serian (90) dan Sibu (87) serta Batu Muda di Kuala Lumpur (84).

IPU sederhana turut direkodkan di Sri Aman, Sarawak dengan bacaan 83, manakala Kluang, Johor dan Samarahan, Sarawak masing-masing mencatat bacaan 82.

Sementara itu, 23 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap baik dengan Tanah Merah, Kelantan melaporkan bacaan tertinggi, iaitu 49, diikuti Bandaraya Melaka (48) dan Kuala Selangor, Selangor (47).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement