awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet

Bernama
Bernama
13/05/2024
14:38 MYT
Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet
Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
SINGAPURA: Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata Wong telah menerima pelawaan Presiden Tharman Shanmugaratnam untuk membentuk kerajaan seterusnya pada Isnin.
Wong, 51, yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Rabu, akan mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan manakala Gan, 65, akan terus berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Beliau akan memangku jawatan Perdana Menteri, dalam ketiadaan PM. Gan akan menjadi Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan mengambil alih Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Sementara itu, seperti yang diumumkan sebelum ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan dilantik sebagai Menteri Kanan dalam barisan kepimpinan baharu dan akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan menteri-menteri lain dalam Kabinet Lee akan mengekalkan jawatan mereka.
Dalam barisan baharu, dua Menteri Negara - Low Yen Ling dan Desmond Tan - akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan manakala Setiausaha Parlimen Kanan Rahayu Mahzam dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara.
Low akan kekal dalam Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan manakala Tan akan terus kekal dalam PMO.
Rahayu dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara dan dilantik mengetuai Kementerian Perhubungan dan Penerangan serta terus berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.
Menurut PMO pucuk kepimpinan baharu itu akan mengangkat sumpah pada 15 Mei kecuali Murali Pillai yang akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai sebagai Menteri Negara dalam Kementerian Undang-undang dan Kementerian Pengangkutan manakala Setiausaha Parlimen Kanan akan mengangkat sumpah pada 24 Mei.
Sementara itu, PMO dalam kenyataan turut mengumumkan bahawa Kementerian Perhubungan dan Penerangan akan dinamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan, berkuat kuasa 8 Julai.
Ia berkata nama baharu itu mencerminkan peranan kementerian dalam memacu agenda digital nasional Singapura.
"Kementerian juga akan terus menyelia dasar dan strategi maklumat, pembangunan media dan usaha komunikasi awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bakal Perdana Menteri Singapura
#umum barisan kabinet
#Lawrence Wong
#Gan Kim Yong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan