awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar kecil di Portugal dibanjiri 600,000 gelen wain merah

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
12/09/2023
03:20 MYT
Bandar kecil di Portugal dibanjiri 600,000 gelen wain merah
Tangkap layar video menunjukkan bandar kecil di So Lorenco de Bairro bertukar merah dengan limpahan 600,000 gelen wain merah dan menjejaskan kira-kira 2,000 penduduk.
SEBUAH bandar kecil di Portugal dibanjiri wain merah selepas dua tangki minuman keras tersebut pecah lalu membanjiri jalan raya berhampiran.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, bandar kecil di São Lorenco de Bairro bertukar merah dengan limpahan 600,000 gelen wain merah dan menjejaskan kira-kira 2,000 penduduk.
Memetik laporan New York Post, tumpahan wain itu menyamai saiz kolam renang bersaiz Olimpik, sekali gus mencetuskan amaran pencemaran alam sekitar.
Sementara itu, Pegawai Bomba Anadia cuba menghentikan pengaliran wain tersebut sebelum ia mula mencemari Sungai Certima.
Bagaimanapun, beberapa kawasan termasuk kawasan perumahan dan perkilangan sudah dilimpahi cecair tersebut.
Dalam pada itu, syarikat pengeluar wain tersebut, Levira Distillery telah memohon maaf secara terbuka di atas kejadian itu dan akan menyelesaikan situasi itu secepat mungkin.
"Kami bertanggungjawab sepenuhnya untuk kos yang berkaitan dengan pembersihan dan pembaikan kerosakan dan meminta pasukan kami untuk berbuat demikian dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.
"Kami komited untuk menyelesaikan situasi ini secepat mungkin," ujar syarikat itu.
Topic Berkaitan
#WainMerah
#Portugal
#wain merah tumpah
#bandar kecil di Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan