NARA: Ibu negara purba Jepun, Nara, yang nama asal Yamato, menyimpan begitu banyak khazanah kebudayaan serta kerohanian masyarakat setempat, sesuai untuk mereka yang mahu menyelami sejarahnya.
Tempat kelahiran kebudayaan serta peradaban Jepun ini juga mempunyai tujuh buah kuil yang besar tersergam, dan ini disebut dalam "The Tale of Genji", salah satu novel kesusasteraan awal dunia. Ia ditulis pada abad ke-11 oleh Murasaki Shikibu, seorang dang perwara di istana Heian.
Disenarai sebagai tapak Warisan Dunia, kuil dan tempat keramat atau shrine di Nara juga terkenal sebagai kediaman rusa yang dibiar hidup berkeliaran bebas.
Kegemilangan Nara yang menyimpan rahsia sejarah 1,300 tahun ini sering digambarkan sebagai "bunga-bungaan berkembang harum" seperti yang diungkapkan dalam syair purba Manyoshu.
"Tempat keramat serta kuil dibina dengan banyak untuk memberi kemudahan bagi mereka yang mahu bersembahyang atau berdoa bagi kesejahteraan berterusan negara ini dan orang ramai," pengarah urusan Biro Pelawat Nara Yasuhiro Nakanishi memberitahu Bernama.
Penulis dibawa melawat Nara pada bulan Februari tahun lepas, sebagai sebahagian daripada program yang diatur Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) untuk memperkenalkan kebudayaan serta keunikan makanan Nara.
Dari Kyoto dan Osaka, perjalanan dengan tren ke Nara biasanya mengambil masa kira-kira sejam. Bagaimanapun, penulis ke sana dengan menaiki kereta yang diaturkan oleh JETRO dan perjalanan memakan masa selama 50 minit.
MAKANAN MENJADI KEBUDAYAAN
Menurut Nakanishi, kebudayaan makanan bermula sebagai persembahan kepada dewata dan makanan serta sake terbaik dihidangkan dalam majlis agama di tempat keramat atau shrine berkenaan dan ianya kemudian dijamu kepada mereka yang datang untuk berdoa.
"Tradisi ini sebagai dedikasi pemujaan dalam upacara keagamaan Shintoisme dan kemudian dalam agama Buddha yang tersebar ke Jepun dari India dan China dan ianya terus menjadi amalan dalam kehidupan orang Jepun.
"Bentuk kerohanian ini masih dikekalkan di Nara di kuil Kofukuji yang juga dikenali sebagai 'The Temple of Happiness'," katanya menambah, kuil itu adalah antara yang tertua di Jepun dan paling berkuasa serta disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia.
Beliau berkata, satu lagi tapak Warisan Dunia ialah kuil Horyu-ji, juga dikenali sebagai 'Flourishing Temple' di Ikaruga, iaitu binaan kayu tertua di dunia, dibina pada kuruh ke-7, dengan berkembangnya agama Buddha di Jepun.
"Pagoda di kuil Horyu-ji dibina semula pada tahun 680, dan masih tersergam megah sehingga ke hari ini," katanya.
Di samping itu, kuil Todaiji, kuil terbesar di negara matahari terbit ini sewaktu era Nara adalah sebuah daripada Tujuh Kuil Terkemuka dan satu lagi simbol ikonik pengaruh agama Buddha di Jepun.
Menurut Nakanishi, kuil berkenaan adalah 'rumah' kepada salah satu patung tembaga Buddha terbesar dunia, dengan tapak tangan bagi tangan kanannya sahaja berukuran 2.56 meter, iaitu jauh lebih besar berbanding saiz badan manusia biasa.
"Dipercayai semua yang ada di Jepun bermula di Nara, termasuk agama Shinto.
"Malahan jika pun sejarah Nara sebagai ibu negara Jepun hanya untuk tempoh yang singkat, sebelum dipindahkan ke Heian-kyo, kini dikenali sebagai Kyoto, Nara masih mengekalkan pemujaan kerohanian di kuil dan di tempat keramat," tambahnya.
MERAI LEGASI RUSA DI NARA
Di Jepun, alam semula jadi seperti gunung-ganang, sungai dan hutan amat dihormati dan perasaan hormat ini juga diamalkan di kuil dan di tempat keramat.
"Di Nara sewaktu zaman purba, kuil Buddha dan Shinto shrine yang wujud bersama mempunyai lebih kuasa berbanding wilayah lain yang mana samurai, daimyo dan shogun memegang kuasa," katanya.
Seperti di Kasuga-Taisha shrine, Shinto shrine di Gunung Mikasa yang dianggap suci, terletak di bahagian timur Taman Nara, rusa adalah simbol kepercayaan orang bahawa haiwan itu adalah utusan tuhan di tempat keramat berkenaan dan amat disayangi.
"Maka rusa di Nara, kekal hidup dengan harmoni walaupun sudah 1,300 tahun, sewaktu Kasuga-Taisha shrine dibina. Terdapat lebih 1,000 ekor rusa di Taman Nara dan wujud sejarah simbiosis antara manusia dan rusa," kata Nakanishi.
Dari Kasuga-Taisha atau tempat keramat rusa, penulis dibawa mengunjungi kuil Shoryakuji yang terletak di gunung Bodaisen di Nara.
Di kuil ini, yang dibina lebih daripada 1,000 tahun lalu, pengunjung boleh berangan-angan, seolah-olah berada di tapak penggambaran filem epik "Lord of the Rings" dengan kuil ini dikelilingi alam semula jadi, anak sungai serta bunyi hembusan angin di celah-celah pokok.
Shoryakuji, kuil Buddha mazhab Bodaisen Shingon adalah tempat kelahiran sake terkemuka Jepun, lebih daripada 600 tahun lalu.
Ketua Paderi Koshin Ohara berkata, akar budaya Jepun dipelihara di kuil berkenaan dengan pembinaan semula bangunan kuil selepas berlaku kebakaran sewaktu perang saudara antara Heike atau puak samurai dan keluarga bangsawan Genji pada abad ke-12.
"Kuil yang berkuasa seperti kuil Todaiji dan Kofukuji yang dibina semula, terbakar sewaktu perang itu dan kuil Shoryakuji juga tidak terkecuali," katanya.
Kuil Shoryakuji terletak di tempat yang paling unik di gunung yang terpencil itu dengan tiada kedengaran langsung bunyi bising kecuali bunyi alat musik tradisional yang dimainkan artisan bagi menampilkan kemahiran mereka.
Ohara berkata, ia juga tempat kemahiran membuat sake tradisional iaitu bahagian penting dalam budaya Jepun dan ianya dikembangkan di kuil berkenaan.
"Meskipun pembuatan sake Jepun berasal dari China, daripada paderi yang ke China untuk mengkaji agama Buddha sewaktu zaman purba dulu, rasanya disesuaikan dengan stail Jepun.
"Sake dan teh begitu sebati dalam budaya Jepun dan orang ramai akan berkumpul untuk meminumnya di samping berbual-bual antara satu sama lain," katanya.
ASAL USUL KEBUDAYAAN MAKANAN JEPUN
Dalam lawatan ke Nara, penulis juga berpeluang berkunjung ke bandar Sakurai, di wilayah Tenggara Nara.
Terdapat sebuah menara setinggi 30 meter iaitu Menara Torii, terletak di kaki gunung Miwa yang dianggap suci. Ia adalah gerbang ke alam rohani, dikenali sebagai antara tempat keramat tertua di Jepun.
Di bandar Sakurai, penulis turut dibawa melawat Ikeri Co. Ltd, syarikat pengeluar mi somen.
Koji Ikeda, pengurus jabatan perancangan Ikeri Co. Ltd. berkongsi sejarah mi somen Nara iaitu mi halus berwarna putih seakan salji
Menurut beliau, ia ada kaitan dengan Ohmiwa shrine apabila ia diperkenalkan oleh seorang paderi yang menghidangkan mi itu sebagai makanan ruji untuk penduduk Jepun yang dilanda kebuluran kira-kira 1,300 tahun lalu.
"Iklim di Sakurai sesuai untuk membuat somen. Kilang mi somen Ikeda mengekalkan teknik menarik mi somen dengan tangan sejak 170 tahun lalu dan mi ini dijual di banyak negara termasuk Malaysia," katanya.
Satu lagi hidangan Istimewa Nara ialah kakigori atau pemanis mulut diperbuat daripada ais cukur. Ia dipercaya berasal dari zaman Heian (tahun 794 hingga 1,185). Ketul ais dihidangkan dengan campuran sirap manis dan dipersembahkan kepada Maharaja.
Kedai kakigori popular Nara ialah Housekibaco dan menurut pemiliknya, Keiko Okada, pencuci mulut itu berasaskan budaya makanan purba Nara dari Himuro shrine.
"Pada Himuro Shirayuki Matsuri atau pesta tahunan kakigori di Himuro shrine, begitu ramai yang gemar dengan pencuci mulut ini.
"Campuran sirap untuk kakigori diperbuat daripada strawberi, pisang kaki dan perisa lain yang dituang di atas ais cukur. Pencuci mulut ini tidak lama lagi pasti mendapat di hati rakyat Malaysia, " katanya, menambah, beliau lebih suka memperkenalkan kakigori yang memenuhi selera rakyat Malaysia dengan menggunakan bahan tempatan.
Memandangkan kunjungan penulis ke Nara adalah pada musim sejuk, terdapat satu acara di Nara Park, yang begitu mencuit hati. Taman menjadi indah dengan hiasan lampu berwara biru terang serta patung rusa yang berkilau dengan lampu berwarna oren.
Pelawat yang berkunjung ke taman itu seolah-olah berada dalam dunia yang dipanggil Koridor Kebahagian NaraRurie. Lampu biru dikenali sebagai 'rurie' atau batu permata lapis lazuli, yang amat dihargai masyarakat purba Jepun.
Benarlah seperti yang digambarkan ramai pujangga Haiku purba, kecantikan serta tarikan Nara berterusan bak bunga-bunga berkembang. Untuk maklumat lanjut mengenai Nara, boleh layari https://yamatoji.nara-kankou.or.jp/
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Taman menjadi indah dengan hiasan lampu berwarna biru terang serta patung rusa yang berkilau dengan lampu berwarna oren dalam satu acara di Nara Park, pada Februari setiap tahun. --fotoBERNAMA
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.