awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan dipenggal kepala dalam rusuhan penjara

Agensi
Agensi
02/01/2018
01:29 MYT
Banduan dipenggal kepala dalam rusuhan penjara
Laporan juga menyebut, salah satu daripada sembilan yang terbunuh dalam kekacauan itu dipenggal kepalanya.- Foto: brasil.estadao.com.br
Sembilan banduan dilaporkan terbunuh manakala 14 yang lain cedera dalam rusuhan penjara di Komples Penjara Aparecida de Goiânia, Brasilia.
Portal O Estado de São Paulo melaporkan, 106 banduan lain melarikan diri namun 27 berjaya diberkas semula.
Laporan juga menyebut, salah satu daripada sembilan yang terbunuh dalam kekacauan itu dipenggal kepalanya.
Rusuhan itu, yang berpunca dari persaingan geng lama, memperlihatkan tahun baru dicemari kekerasan penjara yang terus berleluasa, dengan 130 tahanan mati dalam 20 hari pertama pada 2017.
Penjara Brazil, yang mengalami keganasan endemik, terlalu padat untuk penghuni.
Perebutan kuasa, pertelingkahan kumpulan ditambah dengan makanan yang tidak cukup serta sel-sel yang sempit merupakan antara faktor keganasan sering tercetus di kompleks penjara.
Ketua warden penjara Brazil, Jorimar Bastos, dalam reaksinya mengkritik jumlah dana diperuntukkan untuk pengawasan di penjara Goiânia, yang hanya meletakkan lima penjaga ditugaskan untuk mengawal lebih dari 900 tahanan.
Topic Berkaitan
#Brazil
#cedera
#keganasan
#mati
#penjara
#rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan