NEW DELHI: Pengasas firma perkhidmatan IT India Infosys, N.R. Narayana Murthy mengucapkan tahniah kepada menantunya Rishi Sunak atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Britain pada Selasa.
"Tahniah kepada Rishi. Kami berbangga dengannya dan kami mendoakan kejayaannya," kata Murthy kepada agensi berita Press Trust of India.
Sunak, 42, bekas Ahli Kabinet Boris Johnson ialah perdana menteri ketiga Britain dalam tempoh tujuh minggu serta orang bukan kulit putih pertama memegang jawatan tertinggi.
Pengganti Johnson, Liz Truss merupakan perdana menteri paling singkat berkhidmat dengan meletak jawatan selepas 45 hari menerajui pentadbiran.
Dilahirkan di Southampton, England, Sunak dilantik sebagai ketua Parti Konservatif pada Isnin selepas saingannya, Penny Mordaunt menarik diri.
Ibu bapanya berketurunan Asia Selatan dan dilahirkan di Afrika Timur.
Beliau pernah bekerja di bank pelaburan Amerika iaitu Goldman Sachs.
Sunak bertemu isterinya Akshata Murthy di Amerika Syarikat (AS) dan memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka pada 2009.
Pasangan itu memiliki kekayaan bernilai lebih US$800 juta, menurut satu laporan.
Perdana Menteri Narendra Modi turut mengucapkan tahniah kepada Sunak menerusi Twitter.
"Tahniah @RishiSunak! atas pelantikan sebagai PM UK, saya berharap dapat menjalin kerjasama rapat dalam isu global dan melaksanakan Pelan Hala Tuju 2030.
"Sempena Diwali saya mengucapkan selamat maju jaya...ketika kita berusaha mengubah hubungan bersejarah menjadi perk
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022

"Tahniah kepada Rishi. Kami berbangga dengannya dan kami mendoakan kejayaannya," kata Murthy. - FB Infosys

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Mogok di UK: 500,000 guru, penjawat awam sertai 'Walkout Wednesday'
Mogok yang menuntut gaji yang lebih tinggi itu adalah koordinasi terbesar pernah diadakan dalam tempoh sedekad.

PM UK Rishi Sunak mohon maaf tak pakai tali pinggang keledar
Sunak mengaku melanggar undang-undang kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa merakam video di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta.

Guru-guru di England, Wales sertai mogok industri 1 Feb
Mogok pertama akan diadakan pada 1 Februari yang dijangka turut disertai seratus ribu pekerja sektor awam.

Sunak ikrar kurangkan separuh inflasi, tangani imigrasi
Pemimpin konservartif itu memberi tumpuan untuk menangani ekonomi UK yang semakin perlahan selain berjanji mengurangkan hutang negara.

Kemelut ekonomi UK: Sunak yakin bentang bajet adil, bertimbang rasa 17 Nov ini
Beliau akan mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan berlaku jujur tentang kesulitan ekonomi yang dihadapi UK.

UK 'tiada rancangan' pindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis
Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada pepimpinan baharu itu.

PM baharu UK Rishi Sunak lantik barisan baharu Kabinet
Perdana Menteri baharu Britain Rishi Sunak pada Selasa mengumumkan barisan Kabinet baharunya dengan perpaduan dalam parti menjadi pertimbangan utamanya.

Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi
Sunak melantik semula Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan, langkah yang disifatkan bertujuan menenangkan pasaran yang menolak rancangan ekonomi yang dibentang Liz Truss sebelum ini.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada PM baharu UK
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Rishi Sunak, di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

PM UK paling muda: Siapa sebenarnya si tampan lagi berpengaruh Rishi Sunak?
Bakal menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom yang baharu, Rishi Sunak merupakan bakal Perdana Menteri UK ke-57 paling muda dan berkaliber.