awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai helikopter tentera Pakistan terhempas dijumpai, 6 terkorban

Bernama
Bernama
02/08/2022
20:20 MYT
Bangkai helikopter tentera Pakistan terhempas dijumpai, 6 terkorban
Helikopter itu menyertai operasi bantuan banjir di Balochistan pada petang Isnin sebelum nahas berlaku akibat cuaca buruk. - Gambar AP
ISLAMABAD: Bangkai helikopter milik tentera Pakistan yang hilang telah dijumpai di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua pada Selasa.
Kesemua enam penumpang termasuk seorang komander tentera disahkan terbunuh dalam nahas itu, menurut kenyataan unit media tentera.
Bangkai pesawat itu ditemukan di kawasan Windar daerah Lasbela.
Helikopter itu menyertai operasi bantuan banjir di Balochistan pada petang Isnin sebelum nahas berlaku akibat cuaca buruk.
Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif melahirkan rasa dukacita atas tragedi itu, dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
Hujan lebat dan banjir baru-baru ini telah melanda wilayah Balochistan, mengorbankan lebih 130 nyawa sejak 14 Jun, manakala 13,535 kediaman terjejas dan lebih 13,000 ternakan mati, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#tentera pakistan
#komander tentera
#bantuan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan