awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai pesawat Cessna, 6 mayat ditemukan di utara FIlipina

Bernama
Bernama
09/03/2023
13:45 MYT
Bangkai pesawat Cessna, 6 mayat ditemukan di utara FIlipina
Pasukan penyelamat menemui serpihan pesawat itu di cerun gunung yang terpencil berhampiran sebuah majlis perbandaran, lapor Xinhua. - Foto cessna.txtav.com/fail
MANILA: Pasukan penyelamat pada Khamis menemukan enam mayat dan bangkai pesawat Cessna yang dilaporkan hilang sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di wilayah Isabela utara Filipina pada 24 Jan.
Ketua Pejabat Pengurangan Risiko dan Pengurusan Wilayah Isabela, Constante Foronda berkata pasukan penyelamat menemui serpihan pesawat itu di cerun gunung yang terpencil berhampiran sebuah majlis perbandaran, lapor Xinhua.
"Serpihan itu dikenal pasti berdasarkan warna dan nombor di ekor pesawat," kata Foronda dalam wawancara radio.
Beliau menambah bahawa pasukan penyelamat sedang mengeluarkan enam mayat, termasuk juruterbang dan lima penumpang.
Bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk mengeluarkan mayat kesemua mangsa berikutan keadaan muka bumi dan cuaca tidak menentu.
Pesawat kecil itu dilaporkan dalam perjalanan menuju ke sebuah bandar di wilayah Isabela tetapi gagal sampai ke destinasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat cessna
#mayat
#Juruterbang
#wilayah Isabela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan