awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India

Bernama
Bernama
24/12/2024
00:40 MYT
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Hasina (gambar) melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Bangladesh memohon agar bekas perdana menteri Sheikh Hasina diekstradisi dari India.
"Kami telah menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu beliau kembali ke sini untuk proses kehakiman," kata penasihat luar Kerajaan Sementara Touhid Hossain kepada wartawan di Kementerian Luar di Dhaka pada Isnin, menurut agensi berita rasmi Bangladesh Sangbad Sangstha.
Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas beberapa minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya.
Bekas perdana menteri itu dan ramai pemimpin Parti Liga Awami berdepan kes mahkamah berkaitan dakwaan kehilangan paksa dan pembunuhan semasa protes berkenaan.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Oktober mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#India
#ekstradisi
#Sheikh Hasina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan