Skip to main content

Politik

[TERKINI][TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN kuasai lima DUN bawah Parlimen Masjid Tanah, Ab Rauf menang di Tanjung Bidara

Di kerusi ‘giant’ BN, Tanjung Bidara, Ab Rauf menepati ramalan apabila menang tidak rasmi dengan 6,162 undi, berbanding pencabarnya daripada PH yang memperoleh 722 undi dalam saingan satu lawan satu. - Gambar fail/Astro AWANI
Di kerusi ‘giant’ BN, Tanjung Bidara, Ab Rauf menepati ramalan apabila menang tidak rasmi dengan 6,162 undi, berbanding pencabarnya daripada PH yang memperoleh 722 undi dalam saingan satu lawan satu. - Gambar fail/Astro AWANI
Advertisement

MELAKA: Barisan Nasional (BN) mendahului di kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Masjid Tanah berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat ini.

Lima kerusi berkenaan ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu dan Taboh Naning, dengan BN dilihat berada pada kedudukan selesa di kebanyakan kawasan berkenaan.

Setakat jam 7.25 malam, Di DUN Kuala Linggi, calon BN, Datuk Rosli Abdullah mendahului dengan undi 2,389 undi dalam saingan tiga penjuru yang turut menampilkan calon termuda daripada Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin (1,397 undi).

Advertisement

Sementara itu, di kerusi ‘giant’ BN, Tanjung Bidara, penyandangnya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menepati ramalan apabila menang tidak rasmi dengan 6,162 undi, berbanding pencabarnya daripada PH yang memperoleh 722 undi dalam saingan satu lawan satu.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Advertisement

Di Ayer Limau pula, BN menerusi calonnya, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer terus mendahului dengan 6,181 undi berbanding calon PH yang memperoleh 814 undi.

Bagi DUN Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid (BN) juga menang tidak rasmi dengan 6,019 undi meninggalkan calon Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nazri Ramli dengan 1,627 undi.

Satu lagi kerusi yang tidak rasmi dimenangi oleh BN ialah Taboh Naning, dengan Datuk Zulkiflee Mohd Zin memperoleh 4,973 undi berbanding calon PH yang sebanyak 1,122 undi.

Must Watch Video

Advertisement