Skip to main content

Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar treler

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Rembau. - Gambar ihsan IPD Seremban
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Rembau. - Gambar ihsan IPD Seremban
Advertisement

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler yang sedang bergerak di Kilometer 245 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Yatim Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai dalam perjalanan dari Seremban 2 menuju ke Rembau.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler yang berada di lorong kiri, lalu mangsa terjatuh.

Advertisement

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yatim berkata, sehingga kini pemandu treler yang terlibat masih belum tampil membuat laporan polis dan beliau meminta individu yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Tiew Chuan Jie di talian 014-966 8399 atau melaporkan ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisement

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement