awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan

Bernama
Bernama
13/01/2026
14:39 MYT
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
Bangladesh mengingatkan Myanmar bahawa insiden di Teknaf, Cox's Bazar itu merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa.
NEW DELHI: Kementerian Luar Bangladesh pada Selasa memanggil Duta Besar Myanmar U Kyaw Soe Moe bagi menyatakan kebimbangan mendalam negara itu berhubung insiden tembakan rentas sempadan baru-baru ini yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan Bangladesh berusia 12 tahun cedera parah.
Bangladesh mengingatkan Myanmar bahawa "tembakan tanpa provokasi" berhampiran Kesatuan Whykong di Teknaf, Cox's Bazar itu merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan menjejaskan hubungan kejiranan yang baik, menurut kenyataan Kementerian Luar Bangladesh.
Myanmar turut diminta "memikul tanggungjawab sepenuhnya" atas insiden tembakan tersebut dan mengambil langkah bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
Duta berkenaan memberi jaminan bahawa kerajaan Myanmar akan mengambil langkah untuk mencegah insiden sedemikian, selain menyampaikan simpati kepada kanak-kanak yang cedera serta keluarganya, menurut kenyataan kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Duta Myanmar
#insiden tembakan
#rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan