awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan
PRK Lamag rekod 55.16 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Brazil: Rumah, pokok hanyut; angka kematian meningkat kepada 105

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2022
02:49 MYT
Banjir Brazil: Rumah, pokok hanyut; angka kematian meningkat kepada 105
Seorang penduduk berdiri di tengah-tengah harta bendanya yang musnah akibat banjir lumpur pada hari kedua kerja-kerja menyelamat dijalankan di Petropolis, Brazil, 17 Feb 2022. (Foto AP)
HUJAN lebat tanpa henti selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh di bandar Petropolis, Brazil, terutamanya di lereng-lereng bukit.
Tumbuhan dan kenderaan serta rumah dihanyutkan air dan lumpur yang deras sehingga memenuhi ke jalan-jalan utama.
Menurut Jabatan Bomba Negeri Rio De Janeiro, hujan sebanyak 25.8cm melanda kawasan itu dalam masa tiga jam pada Selasa.
Jumlah itu hampir sama dengan gabungan 30 hari sebelumnya.
Gabenor Rio De Janeiro Claudio Castro berkata pada Khamis, hujan berkenaan adalah yang paling teruk diterima Petropolis sejak 1932.
Kerajaan negeri mengesahkan sebanyak 105 kematian akibat banjir dan 140 mangsa masih hilang.
Bencana Global | Banjir lumpur hanyutkan rumah dan pokok di Brazil
BACA: Angka kematian akibat tanah runtuh di Brazil kini mencecah 78
Pada masa sama, menurut pihak berkuasa pertahanan awam Rio De Janeiro, masih banyak penduduk yang meninggal dunia akibat terperangkap dalam lumpur, tetapi belum dikeluarkan.
Katanya, sekurang-kurangnya 400 anggota bomba bekerjasama dengan anggota tentera untuk mencari mangsa.
Hujan lebat pada Selasa di bandar pergunungan itu, yang terletak kira-kira 68 km ke utara bandar Rio de Janeiro, mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh.
Lebih 500 keluarga dipindahkan, manakala bekalan tenaga elektrik dan air minuman turut terputus.
Topic Berkaitan
#Brazil
#tanah runtuh
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan