Skip to main content

Teknologi

Meta bincang pelesenan model AI Google Gemini untuk kuasakan produk AI

GEMINI

MARK Zuckerberg sedia memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan sejak kebelakangan ini, termasuk dalam mendapatkan bakat, termasuk membeli syarikat seperti Manus dalam memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena ini. 

Namun, salah satu cabaran yang masih sukar diselesaikan oleh Meta buat masa ini adalah pembangunan model kecerdasan buatan mereka tersendiri.

Advertisement

Pada tahun lepas, ia telah diperkatakan Meta sedang bangunkan model baharu yang lebih berkuasa dengan nama kod “Avocado”. 

Model berkenaan ketika itu lebih berkuasa berbanding Gemini 2.5 dan beberapa model lain. 

Namun, selepas Gemini 3.0 diperkenalkan November lepas, Meta dilihat ketinggalan kembali, dan kini menangguhkan pengenalan model “Avocado” ini ke bulan Mei.

Sebagai salah satu alternatif juga, pembangun dalaman dikatakan mencadangkan supaya Meta melesenkan model Gemini dalam menguasakan produk AI mereka. 

Namun, tiada sebarang kata putus berkaitan langkah berkenaan setakat ini.

Sebelum ini, pihak Apple turut menghadapi cabaran dalam pembangunan model AI mereka tersendiir, dan turut melesenkan model mereka daripada pihak Google.

Must Watch Video