KETUA jurulatih Manchester City, Pep Guardiola, menjelaskan perebutan takhta juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 'masih belum berakhir' meskipun pasukannya tercicir mata selepas seri 1-1 berdepan West Ham di London, awal pagi tadi.
Keputusan itu meletakkan City berada sembilan mata di belakang Arsenal yang mendahului di puncak carta liga dengan masih berbaki lapan perlawanan.
Advertisement
Untuk rekod, skuad The Netizens hanya tewas sekali dalam 18 aksi terakhir mereka sebelum ini.
"Tidak, ia masih belum berakhir kerana kami tidak tewas. Mereka melakukan segala-galanya, berjuang, 24 percubaan.
"Kami perlu beraksi dengan lebih baik di bahagian pertahanan, kami tidak melakukan dan itu sahaja.
"Konsistensi yang kami miliki pada musim lalu kami tidak memilikinya musim ini," katanya.
📸😤 pic.twitter.com/jgoVjZaN2D
— Manchester City (@ManCity) March 14, 2026