awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Thailand jejaskan lebih 154,000 keluarga di 26 wilayah

Bernama
Bernama
10/10/2022
15:57 MYT
Banjir di Thailand jejaskan lebih 154,000 keluarga di 26 wilayah
Hujan lebat dan limpahan air sungai mencetuskan kejadian banjir di 26 wilayah khususnya di timur laut dan bahagian tengah Thailand. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Hujan lebat dan limpahan air sungai mencetuskan kejadian banjir di 26 wilayah khususnya di timur laut dan bahagian tengah Thailand.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) lebih 154,000 keluarga di 4,354 perkampungan dilaporkan terjejas setakat Isnin susulan ribut tropika Noru dan monsun barat daya melanda Laut Andaman dan Teluk Thailand.
Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan paras air sungai meningkat.
Pelepasan air dari empangan juga mengakibatkan banyak kawasan rendah ditenggelami air.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand memaklumkan hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Bangkok dan wilayah lain di bahagian utara, timur dan selatan pada Isnin dan Selasa (esok).
Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran untuk penduduk berhampiran lembangan sungai Chao Phraya dan Pa Sak.
Kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan banjir termasuk meletakkan guni pasir serta menyediakan pam air di sepanjang tebing sungai dan kawasan rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir thailand
#hujan lebat
#Ribut tropika Noru
#Laut Andaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan