Seorang lelaki bersama empat orang anaknya ditikam hingga mati di kediaman mereka di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada Khamis.

Seorang lagi kanak-kanak dalam keadaan parah dan dihantar ke hospital.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita yang dipercayai isteri, dan ibu kepada keempat orang anak itu bagi membantu siasatan.

Kesemua mangsa kanak-kanak adalah di bawah umur 10 tahun.

Polis menerima panggilan dari dalam rumah kira-kira jam 4.47 pagi bagi memaklumkan insiden berkenaan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia wanita yang sama yang kini dalam tahanan.

Polis masih sedang menyiasat motif kejadian.