Skip to main content

Malaysia

Warga emas rugi lebih RM300,000 angkara 'phone scam'

Mangsa dihubungi suspek pada awal Mei lepas dan diarahkan memindahkan wang ke sebuah akaun yang didakwa milik BNM bagi tujuan mencairkan wang berkenaan.
Mangsa dihubungi suspek pada awal Mei lepas dan diarahkan memindahkan wang ke sebuah akaun yang didakwa milik BNM bagi tujuan mencairkan wang berkenaan.
Advertisement

BATU PAHAT: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun kerugian RM325,951.33 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon atau phone scam yang mendakwa akaun banknya dibekukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa dihubungi suspek pada awal Mei lepas dan diarahkan memindahkan wang ke sebuah akaun yang didakwa milik BNM bagi tujuan mencairkan wang berkenaan.

Beliau berkata suspek berjanji akan memulangkan wang mangsa sebaik urusan itu selesai selain menyatakan pihak BNM akan mencari lelaki itu sekiranya dia tidak memberikan kerjasama.

Advertisement

“Mangsa yang ketakutan telah menuruti arahan yang diberikan oleh suspek yang tidak dikenalinya itu dengan memasukkan wang ke lapan akaun bank secara berperingkat bermula Mei hingga bulan ini berjumlah RM325,951.33.

“Selepas pemindahan terakhir dibuat, mangsa mendapati nombor telefonnya telah disekat dan seterusnya gagal menghubungi suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Shahrulanuar berkata mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu membuat laporan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 -- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement