JAMBATAN Emas di bandar Vladivostok, Rusia dibuka pada tahun 2012.

Bagaimanapun, negara tersebut tidak membenarkan pejalan kaki menyeberanginya, walaupun merupakan jalan terpendek untuk ke pusat bandar itu.

Meskipun ia mendapat bantahan penduduk tempatan, larangan tersebut tetap dikuat kuasakan.

Dalam insiden terbaharu, empat lelaki menyamar sebagai bas kuning cuba menyeberangi jambatan ke pusat bandar itu.

Namun taktik yang digunakan itu tidak menjadi apabila berjaya dikesan pihak keselamatan tempatan yang kemudiannya mengusir mereka.

Tindakan mereka itu membuatkan berlaku kesesakan lalu lintas di situ.

Kejadian itu berjaya dirakam seorang wanita yang juga menggunakan jambatan itu.

Dia turut mempersoalkan pihak keselamatan kenapa menghentikan bas itu, kerana ia 'cantik' dan 'berseni'.