Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan trak lalu terbabas ke dalam gaung di Mexico.

14 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan.

Nahas berlaku dalam kabus tebal, ketiba bas berkenaan dalam perjalanan dari bandar Misantla menuju ke Xalapa.

Menurut pihak berkuasa, bas tersebut terbalik beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam gaung kira-kira 100 meter dalam.

Kemalangan maut melibatkan bas di Veracruz telah meragut puluhan nyawa sejak kebelakangan ini.

Tahun lepas, sebuat treler yang hilang kawalan melanggar bas pekerja ladang, menyaksikan lebih 40 nyawa melayang.