awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut dalam insiden rempuhan di Stadium Madagascar

Bernama
Bernama
26/08/2023
02:45 MYT
12 maut dalam insiden rempuhan di Stadium Madagascar
Sekurang-kurangnya 12 maut dan 80 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika peminat sukan cuba memasuki stadium nasional Madagascar untuk menonton perasmian Indian Ocean Island Games, pada Jumaat.
DHAKAR: Sekurang-kurangnya 12 maut dan 80 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika peminat sukan cuba memasuki stadium nasional Madagascar untuk menonton perasmian Indian Ocean Island Games, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Christian Ntsay pada sidang akhbar di pekarangan hospital di Antananarivo.
Presiden Andry Rajoelina meminta orang ramai di dalam stadium untuk bertafakur seminit bagi mengenang mangsa.
"Terdapat kira-kira 50,000 orang di stadium. Peristiwa tragis itu berlaku akibat orang ramai tolak-menolak. Ada mangsa yang maut dan cedera di pintu masuk," kata Rajoelina.
Acara sukan itu disertai atlet dari Mauritius, Seychelles, Comoros Union, Mayotte, Reunion dan Maldives dan kali pertama diadakan pada tahun 1977.
Sukan itu diadakan di Madagascar hingga 3 Sept. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuhan stadium
#Stadium Madagascar
#12 maut
#Indian Ocean Island Games
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan