awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batal keputusan pilihan raya, bekas peguam Trump serah diri

Bernama
Bernama
24/08/2023
03:55 MYT
Batal keputusan pilihan raya, bekas peguam Trump serah diri
Giuliani adalah antara beberapa defendan dalam kes itu yang telah menyerah diri dan ikat jaminnya ditetapkan pada AS$150,000. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Rudy Giuliani, peguam peribadi bekas Presiden AS Donald Trump, menyerah diri pada Rabu kepada pihak berkuasa di Atlanta, negeri Georgia di tenggara Amerika berkaitan kes campur tangan pilihan raya Georgia terhadap Trump dan 18 yang lain.
Giuliani tiba di Atlanta pada Rabu untuk menyerah diri di sebuah penjara, di mana defendan didaftarkan, Xinhua memetik laporan media AS.
Beliau adalah antara beberapa defendan dalam kes itu yang telah menyerah diri dan ikat jaminnya ditetapkan pada AS$150,000.
Giuliani, bekas datuk bandar New York City dan bekas pendakwa raya persekutuan, telah didakwa minggu lalu bersama Trump dan 17 yang lain.
Beliau didakwa atas 13 pertuduhan jenayah termasuk melanggar akta penipuan negeri, terlibat dalam pelbagai konspirasi jenayah, dan membuat banyak kenyataan palsu mengenai penipuan pilihan raya.
Trump akan menyerah diri pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan jenayah keempatnya tahun ini.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#batal pilihan raya
#Rudy Giuliani
#bekas peguam Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan