PENGUNJUNG di sebuah pulau Itali, Sardinia berdepan denda sebanyak AS$3,650 setiap seorang selepas ramai di antara mereka didapati membawa pulang pasir dan cengkerang yang ditemui di kawasan pantai.

Pihak berkuasa memaklumkan, 41 individu ditahan pada Sabtu kerana telah mencuri kira-kira 100kg bahan berkenaan, lapor BBC.

Pasir putih di pulau berkenaan terkenal di seluruh dunia dan ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara itu untuk membawa ia pulang.

Jual beli pasir Sadinia serta batu dan cengkerang diharamkan sejak 2017.

Walaupun denda berkenaan dilihat agak tinggi, namun penduduk di pulau berkenaan berkata, kegiatan itu merosakkan alam sekitar.

Para pengunjung, kebanyakan mereka dari negara Eropah lain, sering membawa pulang pasir pulau berkenaan untuk diletakkan di dalam botol sebagai kenang-kenangan atau untuk dilelong di pasaran dalam talian.