awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 10 bulan maut diperkosa bapa durjana

Agensi
Agensi
10/10/2020
03:03 MYT
Bayi 10 bulan maut diperkosa bapa durjana
Bayi berusia 10 bulan yang maut selepas diperkosa bapanya sendiri di Montgomery, Amerika Syarikat. -Gambar hiasan
MONTGOMERY:Seorang bayi berusia 10 bulan maut selepas diperkosa bapanya sendiri di Montgomery, Amerika Syarikat (AS).
Bapa kanak-kanak itu, Austin Stevens, 29, sudah ditahan dan berdepan beberapa pertuduhan yang bakal menyaksikan dia berada untuk tempoh lama di penjara.
Peguam Daerah Montgomery County, Kevin Steele berkata kes itu sangat-sangat memberi kesan kepada penduduk tempatan.
“Sukar untuk membayangkan kematian kanak-kanak ini menjadi lebih trauma.
"Serangan seksual terhadap bayi adalah keji.
“Ia diburukkan lagi dengan tiada langsung usaha daripada ayahnya untuk menyelamatkan nyawanya sehingga menyebabkan kematian anak ini,” kata Steele kepada wartawan.
Anggota perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa berkata setibanya di lokasi, bayi itu sedang memakai lampin yang dipenuhi dengan darah.
Bayi malang itu walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Laporan autopsi menunjukkan bayi itu diserang secara seksual selain hentakan benda keras di kepalanya.
Sumber Facebook ericareneescruggs
Penyiasat yang meneliti sejarah carian internet pada telefon Stevens mendapati bapa durjana itu sempat mencari jawapan kepada persoalan di ‘Google’.
Ia termasuklah “bagaimana nak tahu jika bayi sudah mati”, “jika bayi itu berhenti bernafas”, “bagaimana jika anda tidak mendengar degupan jantung bayi” dan “bayi saya tidak bernafas”.
Stevens yang merupakan jurulatih bola sepak remaja mempunyai perjanjian hak penjagaan bayi dengan ibu kepada anak itu.
Dalam pada itu, Steele mengatakan kemungkinan Stevens boleh menjalani hukuman penjara seumur hidup.
Topic Berkaitan
#Bapa durjana
#bayi maut diperkosa
#bayi 10 bulan
#Austin Stevens
#Kevin Steele
#jurulatih bola sepak remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan