awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat lima sebuah apartmen

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2018
21:03 MYT
Bayi baru lahir dicampak dari tingkat lima sebuah apartmen
Polis daerah Samrong Nua percaya bayi itu dilahirkan oleh ibu remaja di sebuah unit apartmen di tingkat lima. - Daily Mail
Seorang bayi baru lahir yang dipercayai dicampak dari balkoni tingkat lima sebuah apartmen terselamat apabila terjatuh atas pokok pisang di Samut Prakan, tengah Thailand, pagi Isnin lalu.
Laporan Daily Mail menyebut, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui penduduk apartmen terbabit selepas terdengar tangisannya.
Penduduk yang memanjat pagar untuk menyelamatkan bayi tersebut berkata bayi kecil itu hanya mengalami sedikit calar dan kesan gigitan nyamuk pada badannya.
“Pada mulanya saya terdengar bunyi tangisan tetapi tidak mengendahkannya.
“Kemudian saya memberitahu jiran lain dan kami cuba memeriksa keadaan. Kami terkejut melihat bayi terbabit yang sedang menangis ,” kata seorang penduduk, Hang Konhaan, 55.
Sementara itu, jurucakap balai polis daerah Samrong Nua, Leftenan Kolonel Amnat Charoen berkata, pihaknya percaya bayi itu dilahirkan oleh ibu remaja di sebuah unit apartmen di tingkat lima, suspek kini diburu dan berdepan dakwaan cubaan membunuh.
“Bayi itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan keadaannya dilaporkan sihat,” katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#apartmen
#balkoni
#Bangkok
#bayi
#campak
#ibu remaja
#nyamuk
#Samut Prakan
#tali pusat
#tengah Thailand
#uri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan