awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi baru lahir diselamatkan menyeberangi Selat Inggeris

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
21:28 MYT
Bayi baru lahir diselamatkan menyeberangi Selat Inggeris
Bayi berkenaan dikejarkan ke hospital sejurus tiba di Dungeness. - Foto AP
DUNGENESS: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berjaya diselamatkan pasukan penyelamat selepas mengharungi sembilan jam perjalanan menyeberangi Selat Inggeris pada Sabtu, lapor Sky News.
Bayi berkenaan, yang tiba dalam satu bot kecil bersama golongan pelarian lain, dikejarkan ke hospital sebaik tiba di Dungeness, United Kingdom.
Ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Aayan, turut berada di atas bot berkenaan.
Kawasan utara Perancis sering digunakan pendatang untuk ke Britain, selalunya menggunakan perkhidmatan feri atau bot yang disediakan penyeludup.
Menurut agensi berita Britain Press Association, lebih 14,000 pendatang, kebanyakannya dari Afrika dan Asia Barat, berjaya menyeberangi Selat Inggeris ke Britain pada tahun ini.
Pada 2020, 8,500 pendatang memasuki Britain, malangnya ramai yang terkorban dalam perjalanan.
Topic Berkaitan
#bayi
#Selat Inggeris
#pendatang
#bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan