awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel

Agensi
Agensi
21/04/2024
22:30 MYT
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Kakitangan perubatan menyambut bayi perempuan yang dibedah keluar dari rahim ibunya yang mati syahid akibat serangan tentera Israel di sebuah hospital di Rafah, Palestin. – Gambar REUTERS
RAFAH: Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam, kata pegawai kesihatan Palestin.
Menurut pegawai berkenaan, ibu bayi itu maut akibat serangan oleh tentera Israel di dua buah rumah termasuk 13 kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang terbunuh di salah sebuah rumah berkenaan.
Doktor yang merawat bayi berkenaan, Mohammed Salama berkata, bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section dan berada dalam keadaan stabil serta beransur pulih.
Ibu bayi perempuan itu, Sabreen Al-Sakani, telah hamil selama 30 minggu.
Bayi berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam inkubator di sebuah hospital di Rafah bersama bayi lain, dengan perkataan 'Bayi syahid Sabreen Al-Sakani' ditulis pada pita di dadanya.
Anak perempuan kepada wanita yang terkorban dalam serangan berkenaan, Malak, mahu menamakan adiknya itu sebagai Rouh, yang bermaksud roh dalam bahasa Arab, kata bapa saudaranya, Rami Al-Sheikh.
"Gadis kecil bernama Malak gembira kerana adik perempuannya lahir ke dunia, namun dia turut terkorban dalam serangan Israel," katanya.
Menurut Muhammed Salama, bayi perempuan itu juga dijangak tinggal selama tiga hingga empat minggu di hospital berkenaan.
"Selepas itu, kita akan mempertimbangkan siapa ahli keluarga yang akan menjaganya, sama ada ibu saudara, bapa saudara atau datuk serta neneknya.
"Ini adalah tragedi yang amat mengerikan di Rafah, yang bukan lagi asing kepada kekejaman. Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim," katanya.
Menurut pegawai kesihatan Palestin, 13 kanak-kanak daripada satu keluarga yang terbunuh itu berada di rumah kedua yang musnah dalam serangan Israel iaitu rumah milik keluarga Abdel Aal.
Saqr Abdel Aal menyuarakan kesedihannya kerana semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat serangan berkenaan.
"Semuanya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh identiti saya telah dihapuskan, bersama isteri, anak-anak dan semua orang," katanya.
Sementara itu, Mohammad al-Behairi berkata, anak perempuan dan cucunya masih tertimbus di bawah runtuhan.
"Saya berasa sedih dan tertekan. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi dalam hidup ini untuk ditangisi.
"Apakah perasaan yang akan kita miliki? Apabila anda kehilangan anak, orang tersayang, bagaimana perasaan anda?" soalnya. - REUTERS
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#bayi di Gaza
#rahim ibu
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan