awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BBC akan pertahan diri dalam saman fitnah Trump berhubung suntingan ucapan

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2025
23:50 MYT
BBC akan pertahan diri dalam saman fitnah Trump berhubung suntingan ucapan
Penyiar itu menegaskan bahawa tiada asas untuk tuntutan fitnah dan menolak permintaan pampasan daripada pihak Trump. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyatakan bahawa ia akan mempertahankan diri dalam saman fitnah bernilai AS$10 bilion (kira-kira RM40.87 bilion) yang difailkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhubung suntingan ucapan beliau dalam dokumentari Panorama yang disiarkan menjelang pilihan raya presiden 2024.
Trump memfailkan saman itu di mahkamah persekutuan Miami, mendakwa BBC telah “secara sengaja dan menipu” mengubah kandungan ucapannya pada 6 Januari 2021, yang disiarkan dalam dokumentari bertajuk 'Trump: A Second Chance?'.
Beliau menuduh penyiar itu menyampaikan gambaran yang “palsu, memfitnah, mengelirukan, menghina, menghasut dan berniat jahat” terhadap dirinya.
BBC sebelum ini telah memohon maaf atas suntingan tersebut, yang menunjukkan Trump berkata: “Kita akan berarak ke Capitol… dan saya akan bersama anda. Dan kita akan berjuang. Kita akan berjuang habis-habisan.”
Namun, penyiar itu menegaskan bahawa tiada asas untuk tuntutan fitnah dan menolak permintaan pampasan daripada pihak Trump.
“Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, kami akan mempertahankan kes ini. Kami tidak akan mengulas lanjut mengenai prosiding undang-undang yang sedang berjalan,” kata jurucakap BBC dalam kenyataan ringkas.
Saman tersebut turut mencetuskan krisis dalaman di BBC, termasuk peletakan jawatan Ketua Pengarah Tim Davie dan Ketua Berita Deborah Turness, selepas memo dalaman yang bocor mengkritik keputusan editorial berkaitan dokumentari itu.
Topic Berkaitan
#bbc
#Donald Trump
#saman fitnah
#suntingan ucapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan