awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BBC mohon maaf kepada Trump berhubung suntingan ucapan dalam dokumentari

Agensi
Agensi
13/11/2025
22:00 MYT
BBC mohon maaf kepada Trump berhubung suntingan ucapan dalam dokumentari
BBC memohon maaf kepada Presiden Donald Trump, berhubung dokumentari yang didakwa peguam Trump sebagai palsu dan berunsur fitnah, dalam usaha meredakan kontroversi yang disifatkan sebagai krisis terburuk penyiar awam itu dalam beberapa tahun.
LONDON: Perbadanan Penyiaran British, BBC pada Khamis memohon maaf kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhubung dokumentari yang didakwa peguam Trump sebagai palsu dan berunsur fitnah, dalam usaha meredakan kontroversi yang disifatkan sebagai krisis terburuk penyiar awam itu dalam beberapa tahun.
Menurut laporan BBC News, jurucakap BBC memaklumkan, peguam penyiar itu telah menghantar surat kepada pasukan guaman Trump sebagai maklum balas terhadap surat yang diterima pada Ahad.
“Pengerusi BBC, Samir Shah, turut menghantar surat peribadi kepada White House bagi menjelaskan kepada Presiden (Donald) Trump bahawa beliau dan pihak korporat memohon maaf atas suntingan ucapan presiden pada 6 Januari 2021 yang dimuatkan dalam program berkenaan,” kata jurucakap itu.
BBC juga menegaskan, tiada rancangan untuk menyiarkan semula dokumentari tersebut di mana-mana platform BBC, sambil menolak dakwaan ia berunsur fitnah.
“Walaupun BBC amat kesal dengan cara klip video itu disunting, kami tetap tidak bersetuju bahawa terdapat asas untuk tuntutan fitnah,” jelas jurucakap itu seperti dilaporkan BBC News. - Agensi
Topic Berkaitan
#BBC mohon maaf
#mohon maaf pada Trump
#suntingan ucapan
#dokumentari Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan