awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa bangunan tinggi di Bangkok dikosongkan susulan gegaran susulan

Bernama
Bernama
31/03/2025
08:33 MYT
Beberapa bangunan tinggi di Bangkok dikosongkan susulan gegaran susulan
Bangunan lain seperti pusat beli-belah One Bangkok (gambar), bangunan Mahkamah Jenayah dan beberapa pejabat kerajaan turut dikosongkan sebagai langkah keselamatan. - Facebook One Bangkok
BANGKOK: Beberapa bangunan tinggi di Bangkok dikosongkan pada Isnin selepas merasai gegaran yang dipercayai sebagai gempa susulan, tiga hari selepas gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan negara jiran, Myanmar, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,700 orang terkorban di Myanmar, manakala 3,400 lagi cedera, menurut laporan televisyen kerajaan.
Operasi mencari dan menyelamat yang masih giat dijalankan di Myanmar dan Thailand dijangka menemukan lebih ramai mangsa yang masih hilang.
Pegawai memberi amaran bahawa angka korban mungkin meningkat kepada ribuan ekoran kawasan yang terjejas padat dengan penduduk serta struktur bangunan yang mudah terdedah kepada runtuhan.
Walaupun gegaran susulan masih dirasai di rantau ini, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) belum merekodkan sebarang gempa bumi baharu.
"Saya merasakannya, tetapi tidak sekuat gegaran pada Jumaat lalu," kata seorang pekerja di daerah Sathorn, Bangkok kepada dpa.
Bersama puluhan rakan sekerja, pekerja itu berdiri di luar bangunan pejabat Tisco Tower selepas diarahkan dikosongkan.
Bangunan lain seperti pusat beli-belah "One Bangkok", bangunan Mahkamah Jenayah dan beberapa pejabat kerajaan turut dikosongkan sebagai langkah keselamatan, menurut akhbar Khaosod serta saksi di lokasi.
Bunyi siren kecemasan kedengaran di seluruh bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan tinggi
#Bangkok
#gegaran susulan
#gempa bumi
#arahan kosongkan bangunan
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan