awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa mangsa cedera dalam insiden tembakan di Universiti Lincoln, Pennsylvania

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2025
04:40 MYT
Beberapa mangsa cedera dalam insiden tembakan di Universiti Lincoln, Pennsylvania
Beberapa individu cedera dalam insiden tembakan di Universiti Lincoln, Pennsylvania ketika minggu kepulangan alumni, dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. -Gambar hiasan
OXFORD: Beberapa individu dilaporkan cedera dalam satu insiden tembakan yang berlaku di Universiti Lincoln, Pennsylvania, Sabtu malam waktu tempatan, menurut kenyataan rasmi daripada Pejabat Peguam Daerah Chester County.

Ringkasan AI
  • Beberapa individu cedera dalam insiden tembakan di Universiti Lincoln, Pennsylvania ketika minggu kepulangan alumni, dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
  • Pejabat Peguam Daerah Chester County dan Gabenor Pennsylvania menyatakan sokongan penuh kepada pihak universiti dan penguat kuasa dalam menangani situasi.
  • Identiti suspek dan motif belum disahkan, orang awam diminta elak kawasan kejadian sementara perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, pejabat berkenaan memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah bertindak segera dan kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
The Chester County District Attorney's Office is aware of a shooting with multiple victims that occurred at Lincoln University this evening. Law enforcement has responded to the scene and are actively investigating. Please avoid the area at this time. pic.twitter.com/2ENMLM1Ds5
— Chester County District Attorney's Office (@chescoda) October 26, 2025
“Kami dimaklumkan mengenai insiden tembakan yang melibatkan beberapa mangsa di Universiti Lincoln malam ini.
"Pasukan penguat kuasa undang-undang telah dikerahkan ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan. Orang awam diminta untuk mengelak daripada berada di kawasan berkenaan buat masa ini,” menurut kenyataan itu.
Setakat ini, jumlah sebenar mangsa serta tahap kecederaan mereka belum didedahkan.
Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro, turut dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan menyatakan sokongan penuh kepada pihak berkuasa tempatan serta Presiden Universiti Lincoln dalam usaha menangani situasi itu.
Universiti Lincoln, yang merupakan salah satu institusi pengajian tinggi bersejarah bagi komuniti kulit hitam di Amerika Syarikat, sedang meraikan minggu kepulangan alumni (homecoming) ketika insiden berlaku.
Pesuruhjaya Chester County, Eric Roe, dalam satu kenyataan berasingan, menyeru orang ramai agar mendoakan keselamatan pelajar, kakitangan universiti serta anggota penguat kuasa yang berada di lokasi kejadian.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada terdapat suspek yang telah ditahan atau motif di sebalik insiden berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#Universiti Lincoln
#insiden tembakan
#minggu kepulangan alumni
#Pennsylvania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan