awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedilan bom, peluru menghiasi Aidilfitri di Sudan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2023
23:00 MYT
Bedilan bom, peluru menghiasi Aidilfitri di Sudan
Kepulan asap dillihat di Khartoum, Sudan berdekatan dengan Hospital Antarabangsa Doha ketika umat Islam menyambut Aidilfitri. - Foto AP
KHARTOUM: Tatkala umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira, berbeza pula nasib dengan umat Islam di Sudan yang menyambut Aidilfitri dengan bedilan bom dan peluru pada Jumaat.
Sambutan Syawal bukan lagi keutamaan, ketika mereka perlu mencari perlindungan dari kegansan peperangan yang masih berlangsung.
Hari yang penuh dengan kemeriahan, perayaan dan jamuan makanan bertukar tragedi.
Suasana indah dihiasi jeritan penduduk di Khartoum berlantaikan darah mangsa korban dan kepulan asap menyelebungi bandar tersebut.
Malah penduduk di Omdurman, yang bersebelahan dengan Khartoum, terpaksa menjalankan solat Aidilfitri tanpa kegembiraan dan kekurangan jemaah yang hadir.
Setakat ini, lebih 413 nyawa terkorban dan 3,551 individu cedera dalam perperangan tersebut.
Menurut Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), seramai sembilan kanak-kanak terkorban dan 50 lagi cedera dalam pertempuran tersebut.
Setelah tujuh hari, pertelingkahan di antara kumpulan tentera dan separa tentera (RSF) di Sudan masih belum menunjukkan titik pengakhiran dan perdamaian.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bedilan bom
#peperangan
#perlindungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan